info dari alang saleh..thanks alang saleh
Kebanyakkan orang yang dah lama bekerja mesti teringin nak buka bisness sendiri.. disebabkan pengalaman aku ni lebih cenderong pada perikanan so aku ceritalah pasal perikanan saja yer..
1 . Modal
macam biasa mana-mana perniagaan mesti perlukan modal. Apa yang perlu kita tau dalam nak buka kolam memancing ni kita kena fikirkan modal nak buat kolam (korek tanah),sewa kolam untuk yang menyewa,pagar,buat tempat berteduh,lampu,kemudahan lain dan yang paling penting untuk masukkan jumpalah ikan yang tepat untuk sebuah kolam yang baru. Untuk awal2 ikan yang perlu dimasukkan memang makan modal yang tinggi. Kurang ikan dalam kolam nanti tak naik lak bila orang datang mancing.
2 . Lokasi
Lokasi di mana sesebuah kolam tu dibuka pun penting gak. Pastikan kolam yang ingin di buka tu mempunyai kawasan parking. Janganlah buat kolam tempatnya x ada orang duduk dan berbukit-bukit plak tu.. Susah pemancing nak mencari 1 hal.
3 . pembekal ikan
Pastikan dah survey beberapa pembekal ikan untuk hantar ikan ke kolam mancing.. Pastikan harga , kualiti ikan, back ground pembekal yang di ambil tu bersih. Kalau boleh jangan melalui orang tengah suruh cari pembekal ikan sebab harga dah tinggi sikit. Nak kena “diri sendiri” rajin mencari pembekal ikan baru betul. Walau 30senlah orang tengah ambik dari 1 kg ikan. (nampak sikitkan baru 30sen ) Cuba bayangkan kalau 1 tan kita ambik order. Dah berapa ratus kita rugi duit kita melalui orang tengah.. (RM300 untuk 1 tan tau) Untuk kolam baru 1 tan ikan memang x cukup. Kita kena masukkan 2/3 tan baru cukup best kolam tu.
4 . Promosi
Lepas masukkan ikan dalam kolam kenalah biarkan dalam 1/2 minggu barulah di buka.. Selalunya di awal2 ni nak bagi tau kolam baru buka adalah dengan buat PERTANDINGAN MEMANCING.
6 . Sifat positif
Maksud ni sebagai peniaga dan sebagai tauke kolam.. Adat kalau ada masa kita jatuh tu.. Cuba selidik dan bertanya pada yang lebih berpengalaman kenapa dan mengapa.
kolam pancing ikan air tawar rumpun makmur gunung senyum
assalamualaikum..
selamat mengunjungi blog kolam pancing rumpun makmur gunung senyum kuala krau pahang darul makmur.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cerita semasa
"kekadang sebuah langkah yang kecil akan mengubah seluruh perjalanan hidup kita"
Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..
rohu,patin,tongsan,pacu....
kolam pancing rumpun makmur gunung senyum kuala krau temerloh pahang untuk untuk kaki pancing.
kolam pancing rumpun makmur gunung senyum kuala krau temerloh pahang untuk untuk kaki pancing.
2 ulasan:
salam bro... berapa modal nk korek kolam ye?
W.slm bro..ok..modal utk korek kolam bgantung pd bro sndri sbnrnya dn tapak kolam sama ada kwsn tanah tu hutan or tanah paya.kos korek kolam sy hny rm15000.00.bro tinggl kt mana?
Catat Ulasan