kolam pancing ikan air tawar rumpun makmur gunung senyum

assalamualaikum..

selamat mengunjungi blog kolam pancing rumpun makmur gunung senyum kuala krau pahang darul makmur.

Isnin, 30 Julai 2012

tapak kolam pancing yang akan kami usahakan

kawasan tapak kolam seluas setngah ekar yang akan kami usahakan..
tapak kolam ni berdekatan kpg rumpun makmur jalan ke hutan lipur gunung senyum.kolam berhmpirn dngn sekolah rendah gunung senyum.peta likasi akan disediakan selepas selesai pembinaan kolam..insyaallah.

Sabtu, 30 Jun 2012

PERKARA ASAS BUKA KOLAM MANCING

 info dari alang saleh..thanks alang saleh

Kebanyakkan orang yang dah lama bekerja mesti teringin nak buka bisness sendiri.. disebabkan pengalaman aku ni lebih cenderong pada perikanan so aku ceritalah pasal perikanan saja yer..
1 . Modal
macam biasa mana-mana perniagaan mesti perlukan modal. Apa yang perlu kita tau dalam nak buka kolam memancing ni kita kena fikirkan modal nak buat kolam (korek tanah),sewa kolam untuk yang menyewa,pagar,buat tempat berteduh,lampu,kemudahan lain dan yang paling penting untuk masukkan jumpalah ikan yang tepat untuk sebuah kolam yang baru. Untuk awal2 ikan yang perlu dimasukkan memang makan modal yang tinggi. Kurang ikan dalam kolam nanti tak naik lak bila orang datang mancing.
2 . Lokasi
Lokasi di mana sesebuah kolam tu dibuka pun penting gak. Pastikan kolam yang ingin di buka tu mempunyai kawasan parking. Janganlah buat kolam tempatnya x ada orang duduk dan berbukit-bukit plak tu.. Susah pemancing nak mencari 1 hal.
3 . pembekal ikan
Pastikan dah survey beberapa pembekal ikan untuk hantar ikan ke kolam mancing.. Pastikan harga , kualiti ikan, back ground pembekal yang di ambil tu bersih. Kalau boleh jangan melalui orang tengah suruh cari pembekal ikan sebab harga dah tinggi sikit. Nak kena “diri sendiri” rajin mencari pembekal ikan baru betul. Walau 30senlah orang tengah ambik dari 1 kg ikan. (nampak sikitkan baru 30sen ) Cuba bayangkan kalau 1 tan kita ambik order. Dah berapa ratus kita rugi duit kita melalui orang tengah.. (RM300 untuk 1 tan tau) Untuk kolam baru 1 tan ikan memang x cukup. Kita kena masukkan 2/3 tan baru cukup best kolam tu.
4 . Promosi
Lepas masukkan ikan dalam kolam kenalah biarkan dalam 1/2 minggu barulah di buka.. Selalunya di awal2 ni nak bagi tau kolam baru buka adalah dengan buat PERTANDINGAN MEMANCING.
6 . Sifat positif
Maksud ni sebagai peniaga dan sebagai tauke kolam.. Adat kalau ada masa kita jatuh tu.. Cuba selidik dan bertanya pada yang lebih berpengalaman kenapa dan mengapa.

PERBANDINGAN ANTARA IKAN YG SENANG DI BELA DAN YANG CEREWAT..

THANKS'S INFO FROM ALANG SALEH..

A.IKAN YG X CEREWET DN MUDAH DI BELA


PATIN
PACU
SEMBILANG
JELAWAT

(B) .IKAN YANG AGAK CEREWET

ROHU
TALAPIA

Bagi yang baru nak berjinak2 dengan penternakkan saya selalu galakkan ternak ikan dari ketegori A… memang permintaan ikan talapia tinggi tapi di sebalik tu ada sebab kenapa tak galakkan bela talapia ni. Saya bagi sebab2 la kenapa adanya pilihan ni..Lain orang lain pendapat tp ini hanya dari pandangan/pengalaman sendiri. Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat ni tapi ini hanya dari pengalaman saya sendiri ye..
KETEGORI A

Peluang hidup yang tinggi walau keadaan ikan padat.. (cuma effect padat tu tumbubesaran ikan agak lambatla.)
ikan tak cerewet dalam bab makan (guna nasi lebihan dari kem2) walau nasi tu bercampur dengan kari2 dan makanan2 yang lain ikan2 tersebut tak mati..
makan makanan alternatif lain macam nasi2 lbihan tu.
walau harga ikan agak rendah dipasaran tapi kuantiti pengeluaran tinggi untuk 1 kolam. Bila kuantiti pengeluaran tinggi jadi pulangan lebih menguntungkan.
walau pengaliran air keluar masuk kurang baik (musim kemarau)…ikan masih dapat bertahan.. Penggunaan kincir angin kurang digunakan. Jimatkan kos elektrik.Sepanjang saya bela patin ni alhamdulillah time kemarau kolam x perlukan kincir angin. Hanya kolam yang ada isi baung dan talapia je yang guna bila tiba musim kemarau.
ANGGARN PENGIRAAN UNTUK PATIN 1 TAHUN (SEEKOR 1KG)


TANAH 1/2 EKAR : 20000 ekor ikan
MATI : 2000 ekor
HRG BORONG ikan : RM4/kg ( RM4 x 18000 ikan) = RM72000
MKNAN ALTERNATIF : RM100 sebulan ( RM100 x 12bulan) = RM1200
LAIN-LAIN : RM3000
BENIH 3inci : RM0.15 (RM0.15 x 20000 ikan)= RM3000
TOTAL BERSIH PENDAPATAN UNTUK 1 BULAN
TOTAL KASAR : (harga borong - makanan ikan - lain2 - benih)
: RM72000 - RM1200 - RM3000 - RM3000 = RM64800
pendapatan bulanan = ( total kasar / bulan )
RM64800 / 12 bulan = RM 5400


KETEGORI B

Keadaan ikan yang padat membuatkan ikan cepat mati..Ikan tak cukup oksigen.
memerlukan pengaliran air keluar masuk yang baik. Keadaan air yang bukat membuatkan ikan talapia tidak dapat bertahan.Ikan talapia ni air keadaan air kena cantik.
Kos makanan yang tinggi. Lebih pada makanan palet. makanan alternatif lain ikan talapia tak gemar sangat.
Walau harga pasaran tinggi tapi kuantiti 1 kolam tak boleh di isi dengan ikan yang banyak sebab nanti ikan terbantut/mati. 1 kolam yang serupa hanya boleh di isi dengan 6000 ekor ikan talapia saja. Nampak menguntungkan sebab harga pasaran tinggikan tapi bela ikan ni kos memang tinggi.
Kalau musim kemarau RISIKo ikan mati tinggi.. air kurang jadi ikan jadi padat dalam kolam..
Memerlukan penggunaan kincir angin untuk membekalkan oksigen tambahan kalau ikan padat.. kos beli kincir dan kos elektrik.
ANGGARN PENGIRAAN UNTUK TALAPIA 8/9 BULAN (GRED A = SEEKOR 1KG)


TANAH 1/2 EKAR : 10000 ekor ikan
MATI : 4000 ekor
HRG BORONG ikan : RM6/kg ( RM6 x 6000 ikan) = RM36000
MAKANAN PALLET : RM48 utk 2 hari sekali ( $48 x 15hari x 9bulan) = RM6480
LAIN-LAIN : RM3000
BENIH 3inci : RM0.30 (RM0.30 x 10000 ikan) = RM3000
TOTAL BERSIH PENDAPATAN UNTUK 1 BULAN
TOTAL KASAR : (harga borong - makanan ikan - lain2 - benih)
(RM36000 - RM6480 - RM3000 - RM3000 = RM23520)
pendapatan bulanan = ( total bersih / bulan )
RM23520 / 9 BULAN = RM 2613

**** ni cuma anggaran kasar untuk talapia,ada masa org yang menternak cuma dapat pulang modal je sebab talapia ni senang kene penyakit, senang mati dengan keadaan air/persekitaran**


TEMPOH PENGELUARAN

PATIN = anggaran 10 bulan
PACU = anggaran 10 bln
JELAWAT = anggaran 1 thun
TALAPIA = anggaran 7 bulan
SEMBILANG = anggaran 3/4 bulan
**BAUNG = anggaran 1 thun**
**ROHU = anggaran 1 tahun

Sabtu, 23 Jun 2012

alhamdulillah..sykur kepada allah..

alhamdulillah...apa yg sy dn rakan rakan usahakn besama hmpir membuahkn hasil keje pertama..insyaallah kalau xde halangan yg berat kami akn dpt teruskn usaha kami untuk bina kolam pancing buat kaki kaki pancing..

Rabu, 13 Jun 2012

tasik kenyir..


kenangan di tasik kenyir..3 hari 2 mlm..puas..

lombong

lokasi mancing..teluk intan perak..antara tngkapan yg bejaya dinaikkan..

ikan pacu

ni sorg lg geng tegar..pacu 6kg..lokasi kolam pancing lanchang..

taman negara...

antara kemah yg bejaya disiapkn geng gua..

kunjungan ke taman negara jerantut

muka muka kaki pancing yg tewas di taman negara dua thn lepas..hahahaha...
Taman negara jerantut pahang..kunjungn kami ke taman negara utk aktivuti memancig dan bekemah selama 3 hari 2 mlm..dua org dlm gmbr ni sahabt baik gua dari kecik..
antara kawasan yg kami kunjungi


i sebelum smpai ke tapak perkhemahan..

Cerita semasa


"kekadang sebuah langkah yang kecil akan mengubah seluruh perjalanan hidup kita"


Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis.. peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman. Disebalik kepayahan, disitulah kekuatan..




rohu,patin,tongsan,pacu....
kolam pancing rumpun makmur gunung senyum kuala krau temerloh pahang untuk untuk kaki pancing.